Bandar Baru Bangi ke MAEPS lagi Motor Show 2017


Motor Show 2017

--------------------------------------

Ada orang tu sudah maklumkan dan merancang untuk ke Motor Show sejak seminggu sebelum ke pameran lagi. Biasanya hujung-hujung minggu ni anak-anak-anak  ingin berehat sahaja dirumah. Tetapi, akhirnya semua anak-beranak perlu pergi ke MOTOR Show 2017 di MAEPS.


--------------------------------------

Setelah bersiap laundry,dari Bandar Baru Bangi, kami bertolak kira-kira pukul 12 tengahari dan rancangannya untuk menjamu selera untuk makan tengahari foodtruck yang biasanya ada sewaktu apa-apa program di MAEPS. Perjalanan ambil masa lebih kurang 20min.

Sesampai disitu, parking sudah mula penuh. Kami ditinggalkan di perhentian bas sementara En. I ke parkir. Tidak lama kemudian En. I muncul dan kami sekeluarga menaiki bus ke dewan pameran.  Turun dari bas dan menaiki tangga kekawasan parkir berbumbung iaitu lokasi foodtruck. Oleh kerana ramai orang perlu mencari meja dahulu sementara yang lain mencari juadah yang berkenan di hati. Ada ternampak pulut durian, oleh kerana memang meminati dessert, maka minta anak belikan 1. Setelah sampai dimaklumkan harganya RM7.00. Pulutnya ok-ok sahaja manakala kuahnya macam gravi durian tiada tekstur durian langsung. Itulah rezeki hari ini. Selain itu, anak-anak dan En. I memilih pelbagai jenis nasi. Setelah selesai kami membeli air mineral di Foodtruck MyNEWS dan bergerak kedewan Pameran melalui Universiti Perdana. 


Ruangan Parkir berbumbung yang digunakan untuk Foodtruck


Terdapat pelbagai Foodtruck menawarkan pelbagai juadah.


------------------------------------



Ada beberapa pameran serentak di MAEPS Selain dari Motorshow2017 ada pameran  Kerjaya KLIAS.
Terdapat beberapa Expo berjalan serentak di MAEPS, kami singgah dahulu di pameran kerjaya KLIAS 2017. 

Sambil-sambil menyelam minum air dapatkan maklumat dan kad nama mereka. 








Pameran Kerjaya


Pameran Kerjaya






Selepas selesai di bahagian ini kami pun ke Pameran Motor Show dimana perlu membeli tiket, tiket untuk seorang harganya adalah RM10 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja). 






Maka kami pun masuklah mencuci mata, melihat motor dan kereta.



Honda Type R


En. I kata Type R ni sangat laju. 



Hyundai 
Ini Hyundai rekabentuk baharu katanya oleh pereka terkenal.



Honda Motor
MotorShow 2017, MAEPS
Minat tengok saja motor-motor berkuasa besar ni.

Ada Jaguar juga.
Jaguar XF



Bagi yang minat teknologi dan inovasi permotoran terkini pasti minat dengan kenderaan elektrik ataupun hibrid.
Hybrid Car FUel and Electric Vehicle


Lamboghini
MOTORSHOW 2017 

Ini segmen kenderaan mewah yang harganya hmm.
"for your eyes only"





Setelah meninjau keseluruhan bahagian pameran di dewan-dewan maka ambil kesempatan untuk bergambar dengan X5 BMW Malaysia Version memang minat dari dahalu X5 ni. 

Ini pun ambil gambar je.





Selesai didewan kami kebahagian outdoor untuk ujipandu kenderaan. 


Banyak juga kereta yang ditawakan untuk uji pandu. Kerata seperti Mustang perlu di pandu oleh jurupandu mereka dan kita duduk dikerusi penumpang disisi pemandu. Manakala untuk Mercedes pula perlu mendaftar nama dan menunggu giliran. Kerata-kerata lain yang diberi ujipandu adalah KIA, Toyota dan beberapa jenama lagi. 

Ada juga lapangan untuk ujipandu kenderaan pacuan 4 roda (4 Wheel Drive).


Terdapat juga pameran kerata Antik dan Custom.


Berita yang mengujakan terdapat Sedan baharu bagi TOYOTA 1.8 dengan rekaan yang kompak dan menarik, akan dilancarkan dalam tahun hadapan Februari 2018.  

Terlupa nak ambil gambar kerana terlalu asyik masa tu,


Agak-agak 3 jam jugalah masa yang diperuntukkan di pameran motor 2017 (Motorshow 2017) di MAEPS, Serdang.  

-----------------------------------------------------------






Ulasan

  1. for your eyes only..haha suka ayat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sure for your eyes only.
      Terima kasih anak denesor

      Padam
  2. Pameran motor tu terbaik sebab dapat tengok macam2 jenis kereta kan. Bukan selalu nak cuci mata.

    BalasPadam
  3. Kali ini sungguh meriah banyak juga kereta dipamerkan

    BalasPadam
  4. wah murah sekali harga tiket tu. lepas tu boleh try test kereta2 mewah seronoknya..

    BalasPadam
  5. Wow x pernah pergi pameran macam ni. Kalau ada yg mcm ni x la segan nak tgk2. Kalau showroom mmg x jejak..

    Pasal pulut durian sy pulak sedih sebab rasanya tak seperti diharapkan.. meleleh air liur mak yong

    BalasPadam
  6. Terbaiklahh , kalau saya gi sana , konferm tak nak balik.. putih mata tengokk kott.. untungnyaa dapat pergii .. hehehe

    BalasPadam
  7. Bestnya..akak suka kalau dapat tengok pameran kereta macam ni...confirm berjam- jam meronda kat sini...BMW pujaaan hati...puja je la..nak memiliki tak mampu

    BalasPadam
  8. Menarik juga... Cuma Maeps jauh sangat dari rumah. Kalau tidak, pasti selalu ke sana

    BalasPadam
  9. bestnya kalau boleh ujipandu pun haha janji dapat pandu haha tiket nak masuk pun murah je rm10. berpatutanlah

    BalasPadam
  10. best untuk cuci mata hehehe. nak beli macam tak mampu lagi

    BalasPadam
  11. Kalau saya duduk dekat MAEPS tu setiap kali ada karnival atau pameran mesti perti sebab banyak yang boleh dapat kat sana mesti bawa balik banyak goodie beg hehehehe...

    BalasPadam
  12. Rawlins akan jadi menggila juga apabila pergi ke Motor Show - walaupun tak begitu bijak berkenaan kenderaan. Tapi mata mesti mencari yang mahal-mahal nie.

    BalasPadam
  13. wow didn't know bangi so happening now, sumore got motor show!

    BalasPadam
  14. bagi yang sukakan bidang permotoran, memang ni la masa yang terbaik nak pegi.. thanks for sharing the info ya..

    BalasPadam
  15. Best Dapat tengok motor besar dengan kereta besar.. bulat mata 😱

    BalasPadam
  16. seronok dapat pegi sini bawa anak2, dorang memang suka autoshow ni, last pegi lama dah lah masa dorang buat di PWTC 11 tahun yang lalu kot haha, gila lama

    yanmieonline.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu sayapun ke PWTC untuk AUTOSHOW, sekarang sudah ada MAEPS dekat sedikit.

      Padam

Catat Ulasan