Bangi Sentral sesak katanya orang membeli belah sempena Raya

Ramadhan 2017 ni, saya kira ini  adalah tahun ketiga Pusat Bandar Baru Bangi menjadi tumpuan bagi keluarga, hijabista, fashionist untuk memdapatkan rekaan-rekaan terkini sempena menjelang hari raya Aidilfitri.

Saban tahun setiap kali penghujung Syaaban dan memasuki Ramadhan kawasan disekitar Pusat Bandar Bangi iaitu 3B Curve, Bangi Sentral dan Paragon point menjadi padat dengan orang. 

Pengalaman sendiri, tidak boleh memandu kereta ke Pusat Bandar, lebih baik menaiki motorsikal dari memandu kereta. 

Pada 13 Jun lalu, saya selesai mesyuarat di Putrajaya jam 4ptg, bertolak ke Bandar Baru Bangi dan sampai ke sempang 3 Seksyen 9 (sebelah kirinya ada San Francisco Pizza, Seksyen 8 dan kanan menghala ke Petronas Seksyen 9) dan saya menghala kearah KIP Mall (dahulunya WARTA). 
Dari sempang tersebut kendereaan bergerak begitu perlahan dan nak sampai  depan KIP Mall mengambil masa 1 jam.
Huhu nangis!😢

Rupa-rupanya selain dari waktu orang balik kerja, ada kereta rosak betul-betul depan laluan di lampu trafik sebelum KIP Mall (sebelah kanan Global Amity, HONDA).

Padanlah tak bergerak.


Tak tahu apa yang berlaku, tapi pemilik terpaksa memanggil tow car untuk  mengalihkan kereta.


Polis ada mengawal lalu lintas di sini, polis minta saya stop untuk beri ruang bagi tow car. 
Huhu menunggu lagi, hari tersebut perjalanan yang sepatutnya hanya singkat jadi berjam-jam. Akhirnya sampai rumah  dekat 6.15ptg. Nasiblah siang lagi. 

Walaubagaimana kisah, kesesakkan Bangi Sentral ni memang menjadi perhatian ramai orang terutama penduduk yang dah lama bermukim di Bandar Baru Bangi ni.  
Tapi pada saya ianya adalah bermusim, paling padat pada bulan Ramadhan.

Ini pos dari En. Khairul Anuar dibeberapa kawasan di sekitar Bandar Baru Bangi.


Biasalah kan musim orang nak bershopping sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. 
Tambahan lagi kat Seksyen 9 ni ada pasar ramadhan juga,
Jadi berganda-gandalah kepadatannya...😅

Ulasan