Hari ini 11 May 2017 (Khamis) adalah juga Nisfu Syaaban.
Pagi ini ada ke surau Al Islah dipersimpangan Seksyen 7 dan Sungai Chua untuk menjemput anak balik dari KAFA dan sudah merancang nak ke Giant Taman kajang Mewah.
Sambil duduk menunggu anak tu terlihat pakcik van jenazah sedang membersihkan keranda sambil berbual-bual dengan seorang bapa yang mungkin juga sedang menunggu anaknya.
Terdetik di hati ini ada kematian ke hari ni? bertanya sendiri.
Senyap dan memerhati sahaja gelagat pakcik tersebut, sambil-sambil itu kenderaan ibu bapa telah mua sampai dan berhenti dihadapan surau. Masing-masing menunggu dalam kenderaan masing-masing.
Leka pakcik tu membersihkan keranda dan sekitarnya dan seketika pakcik berhenti dan menyorong keranda itu masuk ke dalam van jenazah. Pakcik membuka pintu hadapan dan menghidupkan lampu emergency, mungkin ingin bersedia untuk menunggu panggilan.
Tanpa sedar anakpun mengetuk tingkap kereta, dan saya tekan kekunci untuk membuka pintu langsung memandu melepasi surau al islah kearah Jalan Sungai Chua untuk menuju ke Giant.
Selesai urusan di Giant kembali ke rumah dan abang memaklumkan ibu kepada jiran telah meninggal dunia dijangka tiba ke surau petang untuk dimandi, disolat dan di kebumikan di perkuburan Sg.Kantan, Kajang.
Tanah perkuburan islam di sekitar Bandar Baru Bangi ini terhad dan jika ada kematian buat masa ini tanah perkuburan Sungai Kantan adalah pilihan.
Perlu daftar khairat kematian di surau berdekatan.
Hari ini disini ada yang kembali, terasa hati tidak tahu bila dipanggil ilahi.
Ulasan
Catat Ulasan