Malam di Bangi Sentral


Apa aktiviti yang di buat pada hari minggu jika tidak kemana-mana seperti balik kampung dan sebagainya.
Adakala bila hari minggu dan tidak kemana-mana, saya akan ajak orang rumah keluar pusing-pusing samada menjenguk Uptown di Kajang Impian, Uptown di Jalan Reko, Foodtruck Bazaar di PKNS atau ke kawasan Bangi Sentral malam hari. Adakala pergi jauh sedikit ke Putrajaya atau Cyberjaya dan lebih jauh ke bandar metropolitan Kuala Lumpur hanya untuk melihat keindahan malan dengan limpahan cahaya dari lampu-lampu dan lagi best dekorasi di bangunan atau pokok-pokok besar dengan lampu-lampu bercahaya.

Kali ini 20/5 ke Bangi Sentral cuci mata melihat dekorasi butik-butik dan suasana malam.
Biasanya jika lebih jam 10am tiada orang sangat dikawasan Bangi Sentral ini dan dapatlah dekorasi butik dari luar dan juga limpahan cahaya yang menerangi sekitar butik.  Jika di siang hari jangan cakaplah fokus kebiasaannya di kawasan ini adalah untuk membeli belah pakaian dan rekaan terkini. Apatah lagi kini memasuki akhir Syaaban dan menghampiri Ramadhan. Terutama sewaktu rehat tengahari dan petang, memang banyak kenderaan meletak kereta di pinggir jalan.


Teringat, semasa bercuti dan jalan-jalan di Osaka, Jepun, malamnya sangat hidup terutama disekitar Dotonbori dimana ada limpahan lampu CINTA dan Glico Man.

Bangi Sentral bercahaya cuma belum sampai ketahap dekorasi indah dibahagunan dengan cahaya dari papan iklan, logo dan sebagainya.


Dekorasi FELINNA BOUTIQUE di Bangi Sentral
 Felinna Boutique menggunakan tema putih dan merah jambu (pink) bagi dekorasi butiknya, mengiklankan Hijrah dan Shawl TheBunga.


Bangunan yang menempatkan jenama Dyana di aras bawah, Monsterdeal di Aras 1 dan Azzaoujah di Aras 2
 Manakala butik pakaian muslimah jenama Dyana terletak di hadapan Felinna Boutique dengan tema hitam dan merah jambu terang. Butik vendor Monsterdeal juga menggunakan tema yang sama cuma bagi papan iklan ianya berwarna hitam dan putih bagi tulisan Monsterdeal. Azzaujah kurang menyerlah di malam hari. Dyana dan Monsterdeal tidak menggunakan lampu belakang atau pencahayaan pada papan iklan dan hanya bergantung kepada lampu jalan. Jimat tetapi tidak menambah seri kepada Bangi Sentral di malam hari.


Setiba di Bangi Sentral dari arah Papparich dan 99 Speedmart terus kelihatan butik JelitaSara (aras 1) dan Kamoora di aras bawah, Skirt by Sister di aras 2 dan syarikat IT SERASI di aras 3.
Kelebihan Kawasan Bangi Sentral ini adalah kesemua bangunannya dilengkapi oleh lif. Jadi tidaklah jenuh memanjat tangga higgga ke aras paling atas. 
JelitaSara merupakan butik scarf, tudung, shawl dan sebagainya. Manakala Kamoora pula lebih kepada pakaian muslimah dan kasual harian.



Sempat juga ambil gambar Paramount Coffee House dan SARC juga di Bangi Sentral.  Paraount Coffee House sering di promosikan oleh Ustaz Ebit Liew. Manakala SARC menjual pakaian kasual seperti T-shirt, jersey dengan custom design (rekaan khusus) yang sering dipromosikan oleh Tn. Saiful Nang.

Ini hanya sebahagian dari Bangi Sentral, ada banyak juga butik-butik yang sebelum ini membuka perniagaan di Bangi Sentral tetapi telah tutup, bertukar atau berpindah lokasi.




Ulasan