Bagi sesiapa yang sentiasa menghala ke Sekolah Agama Integrasi dari Masjid AlHasanah Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, pasti akan terpandang pembangunan yang telah dibuat berdekataan dengan WARTA dan juga bangunan HITACHI AEON di sebelah kiri.
Bangunan itu kini telah hampir siap dan dikenali sebagai Hotel Tenera,
Hotel Tenera merupakan penambahan tebaharu kepada Bandar Baru Bangi dan dijangka dibuka sepenuhnya pada Jun 2017. Pembinaan hotel ini mengambil masa yang agak lama, rasanya lebih dari 4 tahun. Projek ini telah bermula terlebih dahulu berbanding prjek EvoSoho.
lokasi berdekaran dengan WARTA yang kini dikenalai sebagai KIP Bandar Baru Bangi.
Khabarnya Hotel Tenera ini adalah di miliki oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.
Alamat merujuk kepada En. Google adalah di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi.
Hotel Tenera buat masa ini telah membuka kekosongan jawatan semenjak bulan Mac 2017, jadi sesiapa yang ingin berminat boleh berhubung dengan Hotel Tenera.
Tenera ni tak silapnya nama spesis pokok kelapa sawit, bila difikirkan betul juga dan ada perkaitan dengan pemiliknya yang berkemungkinan tinggi mempunyai perniagaan berkaitan sawit juga,
Walaubagaimana, tahniah kerana memilih Bandar Baru Bangi sebagai tempat untuk melabur dan secara langsung membuka lebih lebih peluang pekerjaan di kawasan ini. Jika Bandar Baru Bangi di jenamakan dengan baik dan dapat menarik lebih ramai pengunjung maka tidak hairan dan tidak bimbang kerana terdapat banyak pilihan penginapan atau rumah inap di Bandar Baru Bangi.
Hotel Tenera memberi pilihan lain selain hotel-hotel sedia ada di Bandar Baru Bangi ini. Biasanya jika program pasti akan di buat samada di Hotel Bangi-Putrajaya atau Hotel Puri Pujangga di UKM.
Senarai hotel dan pilihan penginapan lain seperti butik hotel boleh dirujuk di pos pilihan penginapan di SINI. Selain dari pilihan butik hotel terdapat juga pilihan homestay dan airbnb.
#hoteldibangi
#accomodation
#bangi
#putrajaya
#rumahinap
#penginapan
Saya harap Hotel Tenera mempunyai perkhidmatan yg terbaik
BalasPadamBangi semakin membangun.
BalasPadamKami sekeluarga baru bermalam di sana..walhal rumah kami dekat jer.. Bdr Seri Putra..mmg terbaik. Tak perlu pergi jauh2😉. Anak2 gembira sbb kolam renangnya yg pelbagai.
BalasPadamMoga trus maju jaya..
Terima kasih Pn. Hariah Ahmad di atas maklumat tersebut. Sukacita mendengar Puan dan anak-anak gembira bercuti di Bandar Baru Bangi dan menginap di Hotel Tenera.
PadamKalau nak sewa dewan untuk majlis.. brp harga untuk 24 jam
BalasPadam