Shell upgrade di Bandar Baru Bangi

Nak beritahu tentang Shell Upgrade di Bandar Baru Bangi.

Shell di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dah upgrade dari asalnya hanya ada kedai serbaguna Seven Eleven sekarang di bahagian tepinya ada kedai aiskrim "icecream" 31 Baskin Robin.
Yeay... memang peminat aiskrim tegar, lala vanilla very berry strawberry.

Lepas ni tak perlu pergi jauh untuk bila aiskrim 31 ni.


Dapatlah jumpa Amyra Rosli di Baskin Robin, jadilah. 

Sebelum ini 31 Baskin Robin yang paling dekat adalah di METROPOINT Kajang dan perlu tempoh trafik jem (huhu English di melayukan).

Shell di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi pula, yang berdekatan dengan KIP Mall (dikenali sebagai Warta) pula dah ada TEALIVE,  (dulunya CHATIME ada kes antara CHATIME and TEALIVE ni isu franchise, COSTA, dan yang lagi best menambahkan pilihan fastfood dan makanan sedap di Bandar Baru Bangi ni adalah pembukaan FUELSHACK di Shell Seksyen 9.

Adalah pilihan lain untuk burger sedap di Bangi selain yang tersenarai di SINI

Saya peminat coffee so CHATIME atau TEALIVE; tiada beza bagi saya. 
COSTA tu pula self service.  


Cuma bagi saya nama baik dan reputasi itu sangat penting, adalah sukar bagi orang awam untuk menentukan jika benar berlaku perlanggaran dan pihak mana pula yang akan memastikan bahawa standard bahan itu adalah sama dan mematuhi piawaian. Jadi fikir-fikirkan lah

Ulasan