RESTORAN SARAPAN PAGI RINGAN DI BANGI

23022016

Sabtu yang lalu kami sekeluarga beriadah di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Setelah selesai beberapa pusingan dan sempat berbual santai dengan kenalan yang juga ditemui beriadah, maka sampai masa untuk mengisi perut yang dah mula minta diisi.

Mulanya, oleh kerana berdekatan anak-anak mencadangkan nak minum pagi di ZAWARA cafe atau Paparich, namun disebabkan masih awal pagi makanya mungkin perlu menunggu lagi. Oleh itu, kami kembali ke Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, asalnya ingin ke restoran KK, tetapi akhir berhenti disini.

Alas-alas perut ja, kami order lontong 2x, nasi goreng, mee goreng, telur separuh masak 2set (4biji) dan juga air minuman tembikai, milo ais 2 dan harganya RM28 (Hm baru sarapan).  Selain dari itu ada juga Nasi lemak dan roti canai.

Lontongnya ambil sendiri, kuahnya tidak pekat berbanding standard kuah lontong biasa. 


Dahulunya Restoran Kak Zu sebelum bertukar menjadi Restoran Anak Kampung (RAK), 



Ulasan

  1. As Salam Nuha,

    Saya baru pertama kali masuk your blog, tahniah kerana banyak update ttg Bandar Baru Bangi.
    Saya sudah 23 tahun duduk BBB, memang terasa begitu banyak pembangunan di BBB.
    In Shaa Allah saya akan sentiasa mengikuti blog you.
    Salam hormat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum'salam wbt;

      Terima kasih Tuan; lama juga saya tidak update blog ini.
      InshaAllah akan teruskan berkongsi. Sekurang-kurangnya ada archiving atau rekod pertumbuhannya dari sudut pandangan sebagai penduduk.

      Salam hormat jua.

      Padam

Catat Ulasan