Taman Tasik Cempaka



Tempat Riadah yang paling terkenal di Bandar Baru Bangi adalah taman awam "public park" Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi.  Satu hari terasa nak jogging, maka mengajaklah anak-anak untuk turut mengikuti emaknya ke Tasik Cempaka.


Antara gambar-gambar tangkapan hasil jalan jalan di Taman Tasik Cempaka; "morning walk" katanya.

Oleh kerana pergi pada pagi Jumaat maka dapatlah ambil gambar pemandangan sahaja tanpa banyak gangguan. Kebiasaanya pada waktu petang, Sabtu dan Ahad atau hari cuti memanglah ramai orang disini.


Pemandangan Evo Soho Bandar Baru Bangi yang dibangunkan oleh PKNS Andaman dari salah satu tempat rehat; meluruskan kaki sekejap dan pusing separuh Taman Tasek Cempaka ni.  Pada ketika ini, bahagian SOHO baru 4 tingkat, bayangkan jika sudah siap hingga ke tingkat 30.  Tinggi juga dan sayup memandangnya,



Ini gambar matahari sedang naik  di Taman Tasik Cempaka, ada banyak anak-anak  ikan kecil dipermukaan dan juga pelabagai burung bangau.


Dari sudut pandang yang berbeza, 2 bangunan berdekatan dengan Warta GIANT. Ianya dikatakan bakal menjadi hotel baharu di Bandar Baru Bangi.



Matahari dah kelihatan, pada waktu ini ada juga penjaga sedang membersihkan taman. Pokok-pokok muda di Taman Tasik Cempaka.


Antara pokok-pokok yang telah matang di sini.


Sudut pandang yang lain


Ada teratai di sini "Water lily" kebanyakkannya berwarna merah.


berdekat dengan Mc donald Bandar Baru Bangi.

Tempat ini sesuai untuk merehatkan minda cuma mungkin perlu dikemas kini sentiasa.
Pelbagai aktiviti sering juga dijalankan disini. Akan ulas dilain kali.
Kamera handphone je,


Ulasan