Menate Steak Hub Restoran Makanan barat western Bandar Baru Bangi

Restoran Menate di Bandar Baru Bangi



Sebelum ini telah dikongsikan ada restoran baharu di Bandar Baru Bangi (rujuk SINI) yang mengambil tempat Restoran yang sebelumnya ianya Wadihana (boleh juga rujuk SINI.
Restoran ini pernah glamor dengan isu namanya "Menate" yang dibangkitkan oleh Azwan Ali
Agak kecoh jugalah netizen pada waktu itu.

Ok kembali kepada Restoran ini, Me'nate, dikhabarkan dari iklan yang dipaparkan di premisnya, Me'nate menawarkan makanan barat "western" dan juga piliham daging yang pelbagai seperti Wagyu, Angus, Lamb, Grain Fes atau Grass fed.

Hm pernah makan yang agak high end di Laman grill dan Tony Roma, tak pernah cuba lagi Me'nate ini.

Mungkin juga ada dikalangan rakan-rakan yang pernah ke Me'nate di cawangan lain boleh memberikan maklumbalas berkenaan Me'nate Bandar Baru Bangi.



Untuk yang tidak mengetahui dimana lokasi Me'nate ini, ianya terletak sebaris dengan Paparich,  Andaman, Bank HSBC, Back Rakyat, Fareeda Exclusive, 101 Hotel, Aster spring, Genius Aulad dan Norunnuha Sdn Bhd di kawasan Seksyen 9 Bandar Baru Bangi yang juga dikenali sebagai 3B Curve.


Di lihat juga dari gambar di atas, proses renovasi dan kemasan masih berjalan dan juga pihak pengurusan dalam proses mengambil pekerja.  Jika berminat bolehlah berhubung nombor tertera di atas.

Restoran Menate Steak Hub.

Bandar Baru Bangi, Seksyen 9, Restoran  makanan barat.



Ulasan