Apa yang baharu di Bandar Baru Bangi 2016

29122015

2016 akan hadir tak berapa hari lagi, tahun yang pada perkiraannya adalah tahun yang mencabar.
Tahun 2015 di Bandar Baru Bangi, dapat dilihat beberapa restoran telah memberhentikan operasi antaranya Ruz Aladdin, dan Wadihana Islamic Steakhouse dan juga beberapa syarikat lain mengadu mengalami kesukaran selepas perlaksanaan GST.

Tetapi ada juga yang baharu di Bandar Baru Bangi, di lot yang sama dahulunya Ruz Aladdin kini telah menjalani proses ubahsuai dan dijangka akan ada Restoran baharu, iaitu Restoran Arab, makluman dari jiran yang mengusahakan kedai dobi.
Saya akan updatekan maklumat kedainya jika signage telah dinaikkan (telah diupdate di SINI).




Manakala, di tapak yang dahulunya Wadihana Islamic steakhouse kini di ubahsuai dan menjadi rangkaian Restoran Menate. Menate adalah jenama yang telah sedia terkenal dan diketahui menawarkan hidangan makanan barat . Menate juga telah mempunyai beberapa cawangan di tempat lain sebelum melabur di Bandar Baru Bangi.  Berikut adalah gambar restoran MENATE di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.


Huhu...terasa pelik pula kerana sebelum ini Wadihana juga menawarkan makanan barat dan pizza. 




Di seberang jalan pula iaitu di Seksyen 8, terdapat restoran FIZOMAWAR yang memberilan keunikan hidangan tanpa pinggan, hanya menggunakan alas yang bersesuaian.
Sewaktu pembukaan tempoh hari, orang ramai telah membuat tempahan awal dan restoran juga terpaksa ditutup awal kerana bekalan kehabisan. Manakala yang menempah dan mempunyai vaucher perlu datang pada hari esoknya.

Dengarnya restoran FIZO Mawar ini ditutup setiap hari Isnin.


Selain terkenal dengan lambakan restoran yang banyak di Bandar Baru Bangi, pegangan hartanah di Bandar Baru Bangi ini juga sering menjadi buruan.

Tahun 2016, bakal melihat bermulanya pembinaan GANDARIA service appartment yang setinggi 38 tingkat dengan tagline peak of Bandar Baru Bangi.

Ulasan