Restoran Steak di Bandar Baru Bangi

2015 adalah tahun yang mencabar, terutamanya apabila melihat satu persatu pengusaha atau jiran-jiran di sekitar Jalan Medan 2D menarik diri dari meneruskan operasi.

WADIHANA Islamic Steakhouse (WISH) di Jalan Medan 2D telah tidak beroperasi semenjak Jun 2015 iaitu sebelum bermulanya bulan puasa (Ramadhan). Pada asalnya bila melihat Wadihana tidak beroperasi pada waktu itu, saya beranggapan ianya kerana Ramadhan yang hampir menjelang.

Namun setelah beberapa minggu memasuki syawal, Restoran tersebut tidak juga beroperasi dan dapat dilihat tong bahan binaan dibawa masuk. Kesemua struktur di dalam restoran asal telah dipecahkan.

Bermakna kini dua buah restoran bersebelahan telah menutup operasinya di Jalan Medan 2D ini, iaitu Ruz Aladin rujuk SINI dan juga Wadihana Islamic Steakhouse (WISH).



Gambar ini diambil sekitar April 2015, dimana Ruz Aladdin telah tidak beroperasi manakala Wadihana masih beroperasi ketika itu.
Walaubagaimanapun, Wadihana Foodys yang juga menawarkan seleksi makanan barat seperti steak dan lain-lain masih beroperasi di Bangi Gateway. Manakala, Wadihana Sajian Warisan (SWIK) masih beroperasi di Jalan Medan 3C, iaitu laluan berhadapan dengan Bangi Sentral.

Turut merasa sedih bila melihat restoran yang diusahakan oleh pengusaha Melayu Muslim perlu menghentikan operasi disekitar Jalan 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  Tidak pasti apakah faktor yang menyebabkan pihak pengusaha terpaksa memberhentikan operasi.

Jangkaan saya adalah kerana faktor berikut:

  1. Tempoh sewaan hampir tamat dan pengusaha ditawarkan harga sewaan yang lebih tinggi untuk terus terus kekal di lokasi tersebut.
  2. Kepadatan penduduk dan jumlah pekerja eksekutif atau pejabat-pejabat perniagaan masih belum begitu tinggi di Bandar Baru Bangi, dengan itu bilangan pengunjung secara walkin untuk makan tengahari dan perbincangan meja kopi sewaktu petang adalah, hanya mengharapkan kunjungan keluarga pada hujung minggu atau kunjungan pada malam hari, dan dari peminat.
  3. Penguatkuasaan peraturan berkaitan GST yang bermula pada 1 April 2015 dan kekeliruan tentang Caj perkhidmatan.

Kedua-dua lokasi ini telah bertukar jenama restoran beberapakali, bagi lot Wadihana sebelumnya adalah Hailam Kopitiam manakala bagi lot Ruz Aladdin sebelumnya adalah Yati ayam percik.


Setakat ini, di Jalan Medan 2D, hanya Papparich yang masih bertahan, manakala Jalan Medan 2C, Restoran Mohd Chan, Italees, Wadihana SWIK dan Zenith masih bertahan dan GRILLS yang juga menawarkan makanan barat.
Sila rujuk SINI untuk maklumat restoran di 3B Curve merangkumi Jalan Medan 2D dan Jalan Medan 3C.

Semoga kita dapat melalui musim yang sukar ini.  Pemikiran kreatif pengusaha dan sokongan dari umum adalah amat diperlukan.



Ulasan