Butik Emma Maembong Bandar Baru Bangi

17 Ogos 2015, Isnin.  Seperti biasa masuk pejabat dan menyelesaikan rutin pagi, dah tu bila jam 12tengahari perut bagi signal untuk diisi. Huhu mulanya ingat nak pi Aneka Selera berdekatan dengan Maybank Islamic Bangi di Seksyen 9 tetapi fikir-fikir semula ingin juga makan popiah basah. Lalu tempat yang dituju adalah foodcourt di PKNS Bandar Baru Bangi. 

Sampai sahaja di PKNS, kebiasaan waktu in  nak cari parkir sedikit mencabar dan akhirnya dapatlah parking di sisi laluan belakang PKNS. 

Masa keluar dari kereta terperasan signage Emma Maembong di kawasan Bangi Sentral di belakang PKNS. Dah lama juga nampak signage ini sebelum ini. 

Emma Maembong in merupakan seorang artis dan pelakon wanita yang agak terkenal di Malaysia, juga sering di kaitkan dengan pelawak Zizan Razak.   Kini, Emma Maembong juga tidak ketinggalan menyambut cabaran sebagai usahawan  dan peniaga wanita.




Gambar sebelah kanan adalah juga merupakan papan tanda butik Emma oleh Emma Maembong yang jelas kelihatan jika sesiapa menyusur melalui laluan  ke belakang PKNS atau menuju ke Taman Tasik Cempaka.

Jelas Emma Maembong mengunakan namanya sebagai jenama seperti kebiasaan pereka atau designer yang lain, iaitu meletakkan label persendirian " private label". 

Jika dilihat butik tersebut merupakan butik pertama Hijab Emma dan Bangi Sentral merupakan pilihan bagi buti pertama tersebut. 

Semoga lebih maju dan berdaya saing dengan rekaan, rekabentuk "design" yang baharu dan yang paling utama berfungsi sebagai hijab menurut syariat.

Bertambah lagilah bilangan butik fesyen, bertema muslimah di Bandar Baru Bangi ini.

Selepas selesai menjamu popiah di PKNS, dan memandu perlahan untuk kepajabat. Tiba-tiba terdengar pula bunyi kenderaan yang kuat, dan bila melihat cermin pandang belakang rupa-rupanya ada Ferrari kuning di belakang kereta saya.   

Sapalah agaknya tu ya.... Ferrari Kuning di Bandar Baru Bangi ni. Pernah terbaca Zizan ada Ferrari kuning.  Walaubagaimanapun di Bangi ni dah banyak insan yang berkemampuan. 

Adakah kemungkinan Zizan juga akan membuka butik atau kedai serbaneka Zizanmart di Bandar Baru Bangi.

Alhamdullillah, Allah memberkati kawasan ini. Semoga masyarakat disini sentiasa menjaga amalan kehidupan Muslim.

Nukilan pagi 20/8.


Ulasan