Orang Bangi adalah stylish people

Ada apa dengan tajuk di atas ya.

Biasanya saya akan ke Parkamaya untuk menjenguk adik saya yang membuka outlet kedai koleksi permainan Atomsquare di tingkat 3 Fahrenheit88, Bukit Bintang. Dah sampai situ ambillah peluang melawat sekeliling dan disitulah saya mengenali SuriSara. SuriSara adalah jenama pakaian yang menawarkan rekaan pakaian yang cantik dan mempunyai pilihan bagi yang bersaiz besar dan chubby.

Rekaan dan jahitan SuriSara juga kemas dan ada padanan yang sesuai untuk muslimah.

Oleh kerana sudah menghampiri Aidilfitri, maka saya browse facebook Suri&Sara atau yang saya biasa panggil SuriSara untuk melihat koleksi terbaharumya kerana tak larat rasanya nak menempuh ramai-ramai mencari baju raya di Bangi Sentral.

Dapat dilihat di facebook SuriSara, terkini terdapat banyak koleksi baharu SuriSara yang digayakan oleh Vanidah Imran. Sewaktu browsing, saya terperasan pos fb SURISARA seperti berikut.

esktrak pos dari fb page SuriSara.

"Bangi people are stylish, it's no surprise that all of the top designers flock to this town! In 6 more days, we will have a new home in Physicon, a multibrand store founded by designer Rico Rinaldi. SuriSara will be styled and coordinated with famous brands, so you can see how well our pieces work with labels by other designers. 

SuriSara at Physicon
3-43-01 Jalan Pusat Bandar Bangi 8"


Gambar dari Fb page SuriSara


owh...SuriSara menyatakankan "Bangi people are stylish" atau "orang Bangi adalah bergaya" huhu, terima kasih SuriSara walaupun saya bergaya sederhana sahaja dan mengikut tempat dan majlis.
Walaubagaimanapun dari pos tersebut saya tahu bahawa jenama SuriSara kini boleh didapati di PHYSICON Bangi Sentral.

Bagusnya shopping di bangi Sentral ini adalah butik-butik bersebelahan dan ada butik ditingkat atas dan ada lift. Benar kata SuriSara, di Bangi kini terdapat banyak butik-butik jenama yang terkenal dan juga yang baharu. Semoga Bangi menjadi destinasi bagi pencarian baju-baju raya dan akan bertambah maju perniagaan di Bandar Baru Bangi.

Seperti kata Suri Sara, " it's no surprise that all of the top designers flock to this town!"  Ya, di sini di Bandar Baru Bangi anda boleh temui butik jenama Fareeda, butik Jovian Factory Outlet, Butik Hajra di Jalan Medan Bandar Baru Bangi, manakala butik MINAZ, PHYSICON, ZAWARA, IMAAN, dan private label Saiful Nang SARC (Sarcasteek), pen merah dot com dan macam-macam lagi di Bangi Sentral.

Boleh juga mencari Norunnuha Sdn Bhd Perunding harta intelek di Bandar Baru Bangi bagi perlindungan jenama (trademark), patent, rekabentuk industri (design), hakcipta (copyright), dan perlindungan variety tumbuhan baharu (plant variety protection)  rujuk SINI


Ingat juga untuk berinfak.



Semoga memperoleh barakah.

Ulasan