BUTIK OSRA CHEMISTRY @ BANDAR BARU BANGI

15 Ramadhan 1436

Hari ini nak cerita tentang butik OSRA di BANGI SENTRAL, yelah kini dah ada macam-macam butik di Bandar Baru Bangi. Mula-mulanya masa terpandang papan tanda (signage) OSRA sewaktu diparkir untuk ke Laurea, tertanya-tanya juga apalah OSRA ni, tambahan lagi ada perkataan CHEMISTRY pula disitu.

Inilah gambar butik OSRA yang diambil dari parkir Jalan Medan 2C berhampiran @grill, butik Jovian SINI dan juga Laurea.
butik pakaian dan fesyen OSRA Bandar Baru Bangi
Butik OSRA Bandar Baru Bangi
Agak besar jugalah papan tanda yang di buat, oleh kerana pada waktu itu masih belum Ramadhan, saya dapati bahagian aras bawah seperti restauran atau kedai kopi (coffee shop).
Manakala bahagian atasnya pula adalah butik.  Yang bagusnya Bangunan di BANGI SENTRAL ini kesemuanya mempunyai lift, jadi pembukaan butik di tingkat 1 seharusnya tidak menjadi masalah. 
Oh ya butik OSRA ini juga sebaris dengan butik PEN MERAH DOT COM SINI dan Mee Tarik Warisan juga bersebelahan dengan SUPERTOT eh bukan SUPERNINI SINI.

Disertakan juga waktu operasi butik OSRA Bangi Sentral sewaktu Ramadhan ini.

Apalagi, ada pelbagai pilihan dari butik tudung No 1 di Malaysia Butik Fareeda, Bella Hanna, Hanna Bella (uhmm macamana boleh jadi begini ya agak keliru dua jenama ini), Sugar scarf, ZAWARA (ohh ZAWARA CAFE pun dah dibuka di kawasan Bangi SENTRAL ini), jom singgah Bandar Baru Bangi. Jangan singgah untuk shopping dan belanja untuk raya sahaja, singgah jugalah ke Masjid dengan Kubah hijau iaitu Masjid Alhasanah.


Ulasan