Evo SOHO Bandar Bangi perkembangan setakat bulan Mei 2015.
Gambar ini diambil sambil minum kopi di pantry pejabat di Seksyen 9, sudut pandangan dari belakang lot kedai di 3B Curve. Dari sudut ini kelihatan Evo SOHO oleh PKNS Andaman seakan sama paras atau melepasi sedikit blok dua tingkat (dibina oleh KLIA), dan bangunan Bangi Sentral yang mempunyai ketinggian 4 tingkat.
Pemandangan Pembinaan EvoSoho dari pantry |
PKNS dan Evo Soho dalam pembinaan 22 April 2015 |
Sudah masuk tingkat 4 agaknya |
Apa akan jadi dengan pokok -pokok didepan ni. |
Pembangunan di Bandar Baru Bangi adalah amat digalakkan tetapi di harap agar unsur penjagaan persekitaran dan kemudahan bagi pejalan kaki dan yang berbasikal diperbaiki.
Selain EVO SOHO yang berketinggian 30tingkat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ini, ada diwar-warkan kemunculan Bandar Baru Bangi "Baharu" The Gandaria. Yang mana iklan Gandaria ini telah diwar-warkan seawal bulan Mac yang lalu rujuk SINI.
Kita tunggu sahaja lah katanya akan muncul di Bandar Baru Bangi, Oktober 2015 ini.
Hmm...apa agaknya ya, pembangunan kondominium ke,... The Gandaria oleh Sunway Bangi masih misteri.
Ulasan
Catat Ulasan