Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Sudah sekian lama memnyusuri laluan wajib iaiu Persiaran Bangi setiap hari, akhirnya dapat juga "take a break" untuk seminggu dari rutin harian di Bandar Baru Bangi. Mengambil kesempatan cuti
sekolah pertengahan tahun yang lalu, 3 keluarga berjiran dari komuniti Seksyen 7 Bandar Baru Bangi telah bergerak ke Pulau Kapas untuk percutian keluarga.
Perjalanan selama 5 jam dari Kuala Lumpur ke Marang, Terengganu.
Ianya merupakan percutian singkat yang dinikmati sepenuhnya oleh anak-anak kami... sepanjang hari bermain dan berenang hingga legap huhu. Berikut adalah foto pemandangan di Pulau Kapas untuk rekod dan tatapan di kemudian hari.
Dipendekkan cerita, sewaktu perjalanan balik ke Bandar Baru Bangi, kami singgah dahulu ke Ana Ikan Bakar di Tanjung Lumpur Kuantan. Rujuk SINI untuk maklumat Ana Ikan Bakar Petai Bangi
Selalunya hanya makan di Ana Ikan Bakar Bangi, apabila sampai di Tanjung Lumpur sudah hampir masuk waktu isyak. Mulanya hanya perasan papan tanda restoran Ana ikan Bakar petai di tepi jalan, tetapi apabila kereta mula memasuki kawasan parkir, dapatlah dilihat kapasiti sebenar Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur ini. Sangat mengagumkan, terdapat beberapa bangunan bagi menampung kapasiti pengunjung yang besar.
Bangunan restoran baharu di bahagian belakang amat selesa dengan tapak permainan bagi kanak-kanak dan yang amat penting surau yang amat selesa dan moden.
Bagi saya yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Ana ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, kata-kata yang boleh saya ekspresi adalah "very impressive". Saiz dan kapasiti Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur adalah lebih kurang 4 kali ganda kapasiti Ana Ikan bakar Petai Bangi.
Hampir keseluruhan ruang meja makan dipenuhi dan ada juga diletakkan tanda "reserved".
Ana Ikan bakar Petai Bangi juga mempunyai elemen getup yang sama seperti Ana Ikan bakar Petai Tanjung Lumpur dengan hiasan lampu neon hijau, t-shirt AIBP warna hijau, papan tanda dengan tema hijau, kelengkapan surau, kawasan permianan tetapi pada skala yang lebih kecil dan juga dikemaskan dengan nama restoran Ana Ikan Bakar Petai yang dilengkapkan tanda Jenama berdaftar ® .
Amat berterima kasih kepada salah satu keluarga yang dan yang merancang percutian ini adalah pemilik dan pengusaha Ana ikan Bandar Baru Bangi, semoga terus berkembang maju dan memperkasa ekonomi domestik,
Ulasan
Catat Ulasan