Cari cadar yang dipesan nak patchwork katanya

Hari ini nak kongsikan cerita cari cadar patchwork yang dipesan mak sedara punya kawan.
Dari anak buah ramai-ramai di  pelbagai tempat, anak buah yang kat Bandar Baru Bangi ni yang disuruh. Nak dekat-dekat raya ni, macam-macam la ya.


Jadi pada hari Sabtu, pergilah mencari cadar patchwork yang diinginkan. Mana nak cari kat Bandar Baru Bangi ni, huhu mana lagi kalau bukan Laurea Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Di hadapan kedai Laurea ada ini TNB Box, penuh dengan sticker.

Kedai Laurea ini di bangunan sebelah 99 Speedmart Seksyen 9 Bandar Baru Bangi ,yang sebaris dengan Mohd Chan.
Kerana hari sangat silau, Ambil gambar hadapan kedai Laurea sahaja. 



Lama di dalam kedai Laurea, pilihan patchwork dah tak banyak. Tetapi jika print (ala-ala patchwork) tu banyak stock. Harga pula dah naik huhu apa nak dikata, ambil jelah sebab yang mengorder peminat patchwork.

Ini patchwork berbentuk bintang, agak classic juga dari zaman arwah ibu dahalu dah ada design ini

Ini patchwork yang ada lebihan di tepi-tepi sambunga.
Bukan pakar, so beli ikut sedap mata memandang.


Sebaris dengan LAUREA tu ada ACACIA, tapi tak pernah pergi.


Rasanya banyak pilihan cadar patchwork ni di online, dan banyak juga pengedar dan pemborong cadar sebigini dari China. Oleh itu,bagi peminat-peminat patchwork rajin-rajin online ya jika ingin harga baik dan juga rekaan terkini.

Shopping di Bandar Baru Bangi sempena raya ini, ada juga terima pesanan orang kampung minta belikan tudung Fareeda huhu. Macam-macam.

Ulasan

  1. sy pn brminat dgn cadar patchwork ni,cantik sgt..ade stock lg x,tlg inform please

    BalasPadam

Catat Ulasan