Baharu di Bandar Baru Bangi

Apa yang baharu di Bandar Baru Bangi


Hari ini 8 Ramadhan.

Terdapat pertambahan positif di Bandar Baru Bangi terutamanya dalam bulan Ramadan dan Syawal makin menjenguk ini.
Mungkin ramai yang mengenali nama yang tidak kurang hebat di Malaysia iaitu Jovian Mandagie. Seorang pereka pakaian (designer) yang terkenal di Malaysia.
Terkini, butik dengan label persendirian Jovian telah  dibuka di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.



Jovian Factory Outlet Bandar Baru Bangi Seksyen 9
Jovian Factory outlet Bandar Baru Bangi

Butik Jovian Factory Outlet Bandar Baru Bangi, menambahkan lagi tarikan pereka fesyen ke Bandar Baru Bangi, sudah tentu juga akan menarik lebih banyak peminat-peminat tegar pereka tersebut ke Bandar Baru Bangi.  Selain itu, Bandar Baru Bangi mungkin akan menjadi destinasi fesyen terutamanya fesyen muslimah. 


Jovian Factory Outlet ini terletak di atas grills, dan di belakang Papparich Seksyen 9, lokasi menghadap Bangi Sentral, yang dijangka akan full bloom apabila EVOSOHO siap sepenuh pada 2017.  

Butik jovian pasti mensasarkan Aidilfitri ini untuk promosi dan penjual baju-baju rekaannya.  Apalagi shopping baju raya di Bandar Baru Bangi.

Ada lagi yang baharu di Bandar Baru Bangi akan dikongsikan di entri yang lain.




Ramadhan Kareem
Bandar Baru Bangi

Ulasan