Mana perginya Ruz Aladdin

22 April 2015

Banyak orang kata ada pelbagai pilihan Restoran untuk makan best di Bandar Baru Bangi.
Antara pilihan tersebut adalah Restoran Ruz Aladdin di  Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Lokasi terletak berdekatan dengan PKNS Bandar Baru Bangi.
Katanyelah, ramai orang suka jalan-jalan dan makan di Bandar Baru Bangi ni. Pejabat pun berdekatan dengan Ruz Aladdin dan selalu berulang alik di depan Restoran Ruz Aladdin samada untuk ke 99 Speedmart, Restoran Mohd Chan atau italees di bangunan belakang.  Oleh kerana pejabat kami antara terawal memasuki ruang pejabat di sini, maka dapatlah dilihat perubahan di sekitar kawasan Seksyen 9 ini.

Restoran Ruz Aladdin di buka di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, kira-kira 1 tahun yang lalu; lokasinya bersebelahan dengan Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) dan juga sederet dengan Tadika Genius Aulad dan Pusat kecantikan Aster Spring.


Jika dilihat digambar Restoran Ruz Aladin ini bersebelahan dengan Restoran Wadihana Islamic SteakHouse (WISH) di bangunan bersebelahan.



Restoran Ruz Aladdin menghidangkan pilihan Nasi Beriani Johor, Mee Bandung Muar, dan pelbagai lagi dan ianya mempunyai peminatnya tersendiri.

Jika saya singgah di Restoran Ruz Aladdin samada untuk makan tengahari atau minum petang, pilihan saya di Ruz Aladin adalah Mee Bandung Muar dan Air mata kucing (memang peminat Mee Bandung). Boleh tahan jugalah Mee Bandungnya.


Dimaklumkan oleh pekerja dan juga disahkan melalui carian internet bahawa terdapat beberapa cawangan lain Restoran Ruz Aladdin iaitu di Amping dan TTDI.

Walaubagaimanapun,setakat tarikh hari ini sudah lebih 2 minggu Restoran Ruz Aladdin Seksyen 9 Bandar Baru Bangi tidak beroperasi.

Kempunanlah sesiapa yang minat Nasi Beriani Ruz Aladdin ni. Baru-baru ini, ada sahabat saya yang meminati Ruz Aladdin menghantar mesej kepada saya bertanyakan samada Ruz Aladdin beroperasi atau tidak.

Tidak pasti samada Restoran Ruz Aladdin Bandar Baru Bangi berhenti beroperasi atau bakal meneruskan perniagaannya, kita tunggu sahaja.

Sebelum Restoran Ruz Aladin, premis ini adalah Restoran Yati Ayam Percik (ada juga ramai peminatnya dan antara restoran yang best di Bangi).


Ulasan