Office Seksyen 9 tiada air

20 April 2015

Setelah bersiap-siap dirumah untuk kepejabat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, hari ini rasa-rasanya nak breakfast di Warung Bangi lagi. Agak lepas-lepas GST ni  (dari 1 April) asyik bawa bekal sahaja untuk breakfast dan makan tengahari huhu.  (Tak kuasa nak turun naik tangga pun ya juga)

Sampai saja di pejabat pagi, dimaklumkan tiada bekalan air, dan hari ini pula jadual cleaner datang bersihkan pejabat. Antara tugasnya adalah mop tangga dari aras bawah hingga tingkat dua dan juga mencuci dua bilik air di pejabat kami selain dari kerja-kerja mengelap cermin dan meja.

Sedang leka membalas emal, tiba-tiba terdengar pula bunyi benda jatuh dan pecah, saya minta staff pergi jenguk rupa-rupanya sinki bilik air jatuh dan pecah.

Huhu macam-macam, saya kata buangkan sahaja sinki tu, Alhamdullilah, cleaner tersebut tidak cedera.

Sampai tengahari (lebih kurang jam 1.30tgh), terasa nak makan nasi lauk ikan asam pedas yang dibeli dari Warung Bangi tadi, pila pantri nak basuh tangan dan sudu, air tak keluar pula.
Masuk ke bilik air, nasib ada air tangki untuk basuh tangan dan sudu.

Setelah itu duduk enjoy Ikan patin dan juga sayur bayam sambil melihat pemandangan Evosoho yang dalam pembinaan dari tingkap belakang pejabat.



Rehat sebentar dan sambung kerja, maklumlah kerja menulis ni. Kerja baca-baca dan tulis-tulis.
Hari ini panas matahari begitu kuat, tidak terasa angin penghawa dingin yang dipasang dan diset ke suhu 19 darjah celcius itu. huhu.

Selesai menghantar draft ke client, ke pantri lagi cari kopi, minum kopi dan biskut  dan kemas-kemaskan apa yang patut. Menulis catatan kerja yang perlu disambung esok.

Sampah makan tengahari di bawa turun dan dibuang di tong sampah jiran  hotel 101, receptionist di hotel itu keluar dan saya minta izin, dia kata ok kak no problem. Dia menjenguk pressure meter disebelah penapis air yang dipasang untuk menyalurkan air ke hotel tersebut.

Saya kata: ada air ke?
Di kata: pressure low,
Saya ; Gelak sambil menuju kereta.
Dalam hati berbisik, hmm biasalah Bandar Baru Bangi ni sering sahaja terganggu bekalan airnya sering juga di catu, bila catuan air berlaku ada sedikit sukar, namun perlu tetap tenang dan tersenyum.

Dikhabarkan juga semua Seksyen di Bandar Baru Bangi ini tiada air termasuklah yang berhampiran dengannya seperti Kajang Impian dan Putra Kajang.

Nama manis pembersih pejabat kami adalah Kak Anis, yang telah bersama saya semenjak 2009 lagi. Kemana saya pindah disitulah dia ikut.  Masa dia bermula dipejabat kami dahulu, masih tidak banyak yang menggunakan khidmat Kak Anis, tapi kini kawasan pejabat disitu, K.Anis  yang jaga.


Hidupku di sekitar sini Bandar Baru Bangi.



Ulasan