EVO SOHO BANDAR BARU BANGI PROGRESS APRIL 2015


Perkembangan Evo Soho Bandar Baru Bangi

Setiap hari  melalui Persiaran Bangi laluan dari bulatan sehingga kepejabat di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi pasti melepasi pembangunan EVO SOHO Bandar Baru Bangi.  Salah satu pembangunan skyscrapers di Bandar Baru Bangi.

Setakat in progress adalah pada tahap 25% dan sudah menampakkan strukturnya. Aras bawah telah siap sepenuhnya dan setakat 10 April 2014 mencapai Aras 3.

Pembangunan Evo Soho Gambar setakat 10 April 2014

Sales girl di pejabat pemaju di PKNS Andaman yang terletak di sebelah restoran Paparich ada menyatakan mereka menjangkakan akan membuka bahagian pasaraya terlebih dahulu pada tahun 2016.
Khabarnya,akan ada pasaraya skala kecil AEON iaitu AEON Big, dan butik-butik jenama-jenama lain yang bakal dibuka.

Setakat ini masih tiada kemasan atau finishing dibuat di aras bawah EVO SOHO tetapi pintu hadapan telah dibuka untuk laluan pekerja.

Rasanya seakan ada laluan pejalan kaki di sisi EVO SOHO, dengarnya juga ianya akan bersmbung ke bangunan PKNS disebelahnya.

Akan pos perkembangan EVO SOHO dari masa kesemasa.


Ulasan