Kedai buku di Bandar Baru Bangi

Kedai buku di Bandar Baru Bangi


Pustaka Rakyat di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, ini memanglah tempat yang sering dituju untuk membeli keperluan buku-buku dan alat tulis terutama yang jika ada yang "adhoc" seperti alat tulis atau buku-buku rujukan (terutamanya bila sekolah pinta...huhu) dan bacaan untuk anak-anak.  Pustaka Rakyat juga menawarkan kad keahlian dengan kelebihan 10% diskaun bagi setiap pembelian. Seronok anak-anak ni bila ada kad nak diletakkan di dalam beg dompetnya. Ada juga kad diskaun MPH dan Popular atas nama masing-masing.  Kebiasanya, anak-anak akan  membeli novel (kakak), buku rujukan, komik (si abang la), buku stiker (yang bongsu) dan majalah. Ada juga buku-buku panduan seperti panduan umrah dan haji, panduan masakan, buku self help, majalah kereta dan motor (bapanya).

Selain dari Pustaka Rakyat ada juga kedai yang mengkhusus kepada uniform tetapi serba sedikit menjual buku dan alat-alat tulis di Seri Bangi iaitu kedai Uniform Galeri.  Sewaktu balik kerja, jika ada keperluan akan singgah disini. Kawasan parking yang luas memberi kemudahan samada untuk meletakan kenderaan atau menunggu sementara anak-anak membeli keperluan mereka.

Manakala di PKNS Bandar Baru Bangi ada Galeri Buku Syabab, susun atur Galeri ini agak klasik untuk gambar-gambar boleh rujuk fbpage Galeri buku Syabab. Kebiasaanya, jika kami singgah makan tengahari di foodcourt tingkat 2 PKNS, kami juga akan singgah sekadar melihat buku-buku terkini dan jika ada berkenaan akan beli bagi mencukupkan koata potongan cukai persendirian RM1000/-.

Kedai buku SQ Utama di Bangi Utama Shopping complex, ini lalu sahaja belum sempat singgah lagi. 
Dulu di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ada kedai buku Pekan tulis dan kedai buku MPH juga ada  di PKNS tapi sekejap sahaja dibuka,  selepas beberapa lama MPH ditutup. Mungkin, tak pasti kenapa samada tak boleh pusing atau mencari tapak baharu di Pasaraya EVO Soho yang akan dibuka sekitar 2016 nanti.  

Selain dari itu ada kedai sewa buku juga iaitu Qreazant di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, rujuk SINI.

Ada juga di sekitar Bandar Baru Bangi ini penerbit buku, yang agak selalu nampak adalah penerbit "Jemari seni" kerana terletak di laluan sepanjang seksyen 7 ke Putra Kajang.

Selain potongan cukai persendirian, kebaikan membeli buku dan membacanya adalah yang utama menambah ilmu. Bagi sesiapa yang ada Baucer buku boleh digunakan dikedai-kedai diatas.

Bandar Baru Bangi dikenali sebagai Bandar ilmu sewajarnya perlu ada banyak kedai-kedai buku untuk penggalakkan pembacaan..

Ulasan

  1. qreazant pun terima voucher buku ke ?

    BalasPadam
  2. My heart stoly molly, terima kasih kerana singgah keblog ini.
    Dari pengetahuan saya, Voucher buku boleh digunakan dikedai buku bagi membeli buku.
    Qreazant adalah kedai sewaan buku. Maka voucher mungkin tidak boleh digunakan disitu.

    BalasPadam

Catat Ulasan