Bangi seperti laporan Berita Harian

Ada artikel di BH hari ini berkenaan Bangi rujuk SINI, agak menarik juga.


Antara intipatinya menyatakan perkataan Bangi berasal dari "Bangai" yang bermaksud terbuang. Oleh kerana kesilapan pihak Inggeris mengintrepretasi bahasa Jawi maka jadilah "Bangi".  Ada
logiknya juga. Ada juga beberapa versi lain yang dilaporkan.








Setelah membaca artikel berkenaan Bangi tersebut, baru tahu bahawa stesen keretapi dan komuter Kajang asalnya nama Stesen keretapi Bangi, padanlah taman yang berdekatan dinamakan Taman Bangi.

Taman Bangi lah tempat tinggal kami sekeluarga selepas berpindah dari Keramat, abah beli rumah disitu melalui skim pekerja Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1976. Dan kami mula tinggal disitu tahun 1977.

Dahulu kawasan dihadapan Taman Bangi itu hutan belaka dan ada makhluk lain yang tinggal disitu, iaitu monkey.

Ulasan