Satay, Sate di Bandar Baru Bangi

Restoran Sate Baung


Hari ini nak cakap pasal stay @ sate berdekatan dengan kawasan tempat tinggal kami di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Disini ada Sate Baung, Sate UK, Sate Willy, Sate di Medan selera Adikku.


Kami sering menempah sate UK terutamanya bila musim perayaan, sate UK bersaiz sedikit besar, sedap dan manis tetapi kurang berempah.  

Manakala, Sate Baung pula lebih berempah dan mengambil bahan-bahannya dari Kelantan.  
Rasa satay baung lebih classic dan seakan-akan perapan satay buatan dirumah, ibu mertua (70 an) yang sesekali menetap dirumah kami  suka makan satay baung ini kerana ciri-ciri classic dan asli tersebut. Orang lamalah katakan.

Sate willy ramailah yang beratur untuk membelinya, oleh kerana tak berapa minat nak beratur panjang maka jaranglah menuju ke satay Willy.  

Satay di Medan Selera Adikku pun boleh tahan sedapnya dan yang paling menarik ialah nasi lemaknya, akan ulas dalam entri lain.

Ok berbalik semula kepada Restoran Satay Baung, 
kami sering ke Restoran Sate Baung untuk menikmati satenya dan juga menu-menu ala-cart masakan Thai yang kami sering tapaw jika tidak berkesempatan nak memasak, terutamanya untuk makan malam.  Kami sekeluarga jenis tidak suka apabila terlalu ramai, jadi jika kami inginkan satay atau perlu tapaw, biasanya kami akan pergi jam 6.00-7.00petang. Oleh itu, jaranglah mengalami fenomena menunggu ini. Kami biasanya menikmati makan-makan satay baung ini di rumah sahaja. 

Restoran satay baung juga sering dipenuhi orang dan kerana ianya berdekatan dengan surau al-islah maka kebanyakan masa jika ada keperluaan bermesyuarat, jemaah dari dari al-islah akan kesana. Sambil minum sambil bermesyuarat. Selain dari itu Restoran Sate baung juga menjadi pilihan KRT Seksyen 7 dan geng-geng kayuh di sekitar Seksyen 7. 

Terdapat layar besar diletakkan, apabila ianya musim boleh penuhlah semua meja di Restoran Baung.

Pemiliknya seorang yang ramah dan rajin menegur dan berbual dengan pelanggan, beliau merancang untuk membesarkan perniagaan dan rangkaian restoran sate baung.  Semoga berjaya inshaAllah.

Lokasi Restoran Satay Baung adalah di persimpangan  jalan dari seksyen 7, Bandar Baru Bangi menuju ke Sungai Chua.


Satay baung juga ada kelab peminatnya rujuk SINI
Bagi yang berminat selamat mencuba



Ulasan