Burger di Bandar Baru Bangi

Selalunya dalam perjalanan pulang kerumah selepas mengambil anak, bapanya akan bertanya nak makan apa hari ini. Adakalanya saya teringin nak makan burger, dan dah lama juga tak menjejak kaki di McD sebelah PKNS, oleh itu sentiasa mencari pilihan burger yang sedap di Bandar Baru Bangi.

Biasanya kami akan pergi ke Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, dihadapan kedai Tyre  ada stall kecil menjual pelbagai jenis burger. Yang menjadi pilihan adalah burger oblong. Burger oblong ini setelah dimasak direndamkan di dalam sos black paper dan dirapikan dengan mayonis dan sayuran.  Ini pilihan saya dan suami,bagi anak-anak mereka lebih gemarkan burger daging special dan juga benjo atau hotdog.

Jika stall di S15 tidak buka, maka kami akan ke burger bakar di Seksyen 7, patty dibuat sendiri dan maih lembap berlemak, Selain itu kami juga gemar hotburger FIZO di Seksyen 7 dan Seksyen 8 depan  FAREEDA HQ,  pilihan daging arnab dan kambing.

source: hotburger website.

Manakala dihadapan 99 Speedmart pula ada burger OTAI dan stall ini dah lama berniaga disini.
Dipinggiran flat berdekatan simpang seksyen 7 dan sungai chua juga ada sebuah stall burger.

Namun ada juga pilihan restoran di sekitar yang menyajikan hidangan burger contohnya:
  • Wadihana Islamic Steakhouse (WISH), 
  • BurgerByte Seksyen 15, 
  • KFC (ayam), 
  • Burger King (Bangi Gateway dan metropoint Kajang) dan tidak ketinggalan 
  • Ramly Burger di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Update 07032017

Hot Burger sudah tidak berniaga lagi, sekarang pilihan adalah burger bakar di Seksyen 7 Bangi atau S7 Western & Burger fi Padang KRT Seksyen 7. Rujuk SINI.



Ulasan