Komuniti Polising Seksyen 7 Bandar Baru Bangi


Komuniti Polising 
Polis bersama Masyarakat
20 Disember 2014
Lokasi: Padang permainan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Pagi Sabtu, telah kedengaran riuh pikuk di padang permainan perumahan Tun Teja, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.  Persiapan telah dibuat beberapa hari sebelumnya dan kebimbangan penganjur berkenaan sambutan penduduk setempat telah terjawab. Alhamdullillah, ramai juga yang turun meramaikan majlis.



Aktiviti pagi dimulakan dengan program senamrobik yang dihadiri oleh warga polis dan komuniti setempat di kawasan Seksyen 7 dan Kajang Mewah.


Program dimeriahkan lagi dengan kayuhan anggota polis beserta komuniti setempat. Turut hadir adalah Ketua Polis Kajang, SI Syed Hashim, Pengerusi KRT Seksyen 7, ahli-ahli KRT S7 dan penduduk setempat. Di anggarkan lebih 50 peserta menyertai acara kayuhan ini.



Terdapat juga aktiviti untuk warga kanak-kanak, iaitu pertandingan melukis.


Tidak ketinggalan kaum ibu Seksyen 7 Bandar Baru Bangi jualan dan car boot sale.




Program kominiti Polising ini dilaksanakan dengan jayanya dan besar harapannya agar aktiviti ini diteruskan sebagai acara tahunan di kawasan Sekyen 7, Bandar Baru Bangi.



Program Komuniti Polising ini telah mendapat penghargaan dari Pejabat Polis Daerah Kajang.
Sijil Penhargaan  telah diberikan kepada Timbalan Pengerusi KRT Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
Foto Kredit: Tuan Hj Adri
Tahniah KRT Seksyen 7!

Ulasan