Ekologi di Bandar Baru Bangi,
Dibesarkan secara berpindah-pindah dari Melaka dan Semarak, Kajang dan Bangi dan sewaktu kecil ada menetap di Taman Bangi, pada waktu itu ada banyak monyet di kawasan yang sekarang ini dibina kilang Maskimi Polyol bersebelahan sungai Kajang dan sebelum memasuki kawasan selenggaraan Silk. Kawasan Taman bangi adalah kawasan selapas trafic light untuk masuk ke silk highway arah ke utara di Jalan Reko dimana berdekatan trafic light tersebut ada dewan serbaguna.
Sewaktu kecil ada tangga kecil di tepi sungai, abah dahulu selalu juga turun tangkap ikan sepat atau ikan betuk.
Pada tahun 2009, saya dan keluarga mula menetap secara permanent di Seksyen 7, setelah berjaya mendapatkan sebuah rumah disini.
Sekarang di kawasan perumahan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, seringkali menerima tetamu burung dan juga tupai, Pernah juga menerima tetamu anak monyet yang masuk kerumah untuk mengambil pisang melalu tingkap.
Ada sekali itu terserempak anak monyet itu cuba membuka tupperware dan kerana terperanjat kehadiran saya didapur, anak monkey tu terlepas tupperware tersebut. Mujur tidak beterabur segala isinya,.
Tupai-tupai juga sering berkeliaran mencari makanan, jiran ada menanam pokok mata kucing dan dahan nya naik sehingga melepasi pagar rumah kami. Tupai-tupai ini akan datang dan makan buah-buah mata kuicng tersebut, dan kadangkala "pupu" dikawasan kami. Sering kali juga tupai-tupai ini melintas jalan dengan laju nya.
Banyak juga kucing, kucing yang paling diminati adalah boboyot nama yang kami panggil. kucing tersebut, ianya milik jiran kami, saiznya agak besar.
Burung-burung juga banyak dan yang pada pagi hari amat menenangkan apabila dapat mendengar burung berkicauan samada dikawasan depan atau belakang rumah. Jika dapat dirakan bunyi-bunyi tersebut di memori.
Seringkali burung layang-layang (kata hubbyla) membuat sarang di hadapan rumah, selalunya di atas lampu di porch.
Sewaktu menulis ini, ianya sangat sunyi, anak-anak semua telah kesekolah. dan menikmati kopi di pagi hari di sini. Nikmati pagi ini. Alhamdullillah. (20 Januari 2015)
Disepanjang sungai dilaluan sepanjang seksyen 7, Bandar Baru Bangi menghala ke jalan Reko pula adakalanya terdapat burung bangau yang mencari makanannya ikan kecil mungkin,
Bangau juga mencari makan di Bandar Baru Bangi, lokasi laluan ke Seksyen 7 |
Bangau pun pandai beratur |
Topologi Bandar Baru Bangi, terdapat kawasan hutan simpan berdekatan (kawasan berhampiran UKM dan menghala ke Nuclear)
Mengharapkan agar diwujudkan trek basikal di sekitar Bandar Baru Bangi, terutamanya kawasan Seksyen 7 yang berhampiran dengan Sungai. Mungkin lebih baik di sekitar dan di sepanjang sungai.
Ianya mengingatkan diri ini tentang jelajah basikal kecil di KYOTO.
Laluan sisi selari di sepanjang sungai di KYOTO dengan barisan sakura |
Laluan pejalan kaki dan basikal merentasi sungai di KYOTO |
Ulasan
Catat Ulasan