Hari ini 1 Oktober 2013

Hari ini saja snap gambar dari dalam kereta, dah lama tak pandu sendiri kereta ni.
haha terima kasih banyak-banyak kepada orang itu kerana sudi menghantar dan ambil.

Inilah antara gambar-gambar yang di ambil dari dalam kenderaan ye.



Ini adalah bangunan PKNS dari tingkap kereta. Ada macam-macam disini MPH, KFC, Billion, kedai buku Syabab, klinik homeopathy dan sebagainya. Terletak di kawasan pusat Bandar Baru Bangi, jalannya pula dikenali sebagai Persiaran Bangi. Di sebelah kirinya pula terletaknya Mc Donald dan disebelah kanannya Tanah lapang yang bakal dibangunkan tidak lama lagi.

 
Ini adalah pandangan hadapan PKNS Bandar Baru Bangi, terdapat tangga bagi memudahkan pejalan kaki terutamanya dari taman perumahan berdekatan iaitu Seksyen 8.  Kami sekeluarga ke PKNS untuk menjamu KFC atau makan tengahari di Foodcourt.

 
Dah sampai penghujung bangunan PKNS, Bandar Baru Bangi.

 
Gambar ini di ambil sewaktu melintasi laluan selekoh kiri bersebelahan PKNS, Bandar Baru Bangi. kelihatan di sebelah kiri adalah bangunan PKNS. Jalan ini menuju ke arah Seksyen 9. Selekoh ini, selalu ja ada kemalangan, dahulu bahagian segi tiga pembahagi jalan itu ditanam dengan pokok yang besar oleh itu menghalang pandangan pemandu kereta. Alhamdullillah keadaan telah bertambah baik sekarang kerana tiada pokok besar yang menghalang pandangan mata.
 
 Ini adalah laluan alternative untuk  menghantar anak ke sekolah Agama Jaim di Masjid Al hasanah Bandar Baru Bangi atau ke RHB Islamic bank. Apabila sampai kepenghujung akan nampak RHB Islamic di sebelah kiri dan Old timer Kopitiam disebelah kiri. Untuk ke Masjid Al hasanah, biasanya kami akan mengambil selekoh kanan dihadapan Old timer kopitiam dan Paragon Point.
 
 
Perjalanan di teruskan (melepasi selekoh kiri di atas), kelihatan disebelah kiri adalah Ayuni Hotel dan juga PappaRich...kami rajin juga bersarapan PappaRich Bandar Baru Bangi, tetapi sekarang dikurangkan bersarapan disana kerana calori nya tinggi.

 
Bergerak di sepanjang Persiaran Bangi ini, kelihatan HSBC Amanah, Komawas, Butik Ratu dan kedai-kedai lain di Bandar Baru Bangi.

 
Tidak ketinggalan Ice room di Bandar Baru Bangi, agak sepi sedikit kedainya.  Dula sewaktu awal pembukaanya ada juga lah pi rasa ice shave ya...

Ini pula kedai perabot dan barangan elekrik agak besar juga mengambil dua rumah kedai, di sebelahnya pula 3health, Bandar Baru Bangi.

Ini lah namanya kawasan perniagaan disini. 3B Curve Business Park.Kenapa Curve ya, kerana ianya terletak di bahagian separa bulatan disepanjang Persiaran Bangi. Kelihatan Wadihana Islamic Steak House (WISH), Bandar Baru Bangi. Dahulunya kedai tersebut adalah Restoran Hailam kopitiam, oleh kerana sepi tiada pengunjung, maka tempat tersebut di ambil alih oleh WISH.  Di bangunan bersebelahan pula kelihatan 101 HOTEL dan juga YATI AYAM PERCIK.

 
Gambar ini diambil sewaktu memasuki selekoh kiri dihadapan Yati Ayam percik, kelihatan kedai masih belum dibuka pagi ini. Langit Bandar Baru Bangi pun agak mendung.

 
Parking sekejap di hadapan Yati ayam percik, sementara En. I menghantar barangnya dan setiausaha kecil ke pejabat. Hari ini tak masuk ke pejabat, langsung ke UOA Bangsar untuk bermesyuarat. Yati Ayam Percik belum buka lagi, biasanya dibula sekitar jam 10.30pagi, begitu juga restoran WISH. Oleh itu, untuk sarapan pagi-pagi, biasa Papparich jadi pilihan atau McDonald menjadi pilihan. (Untuk sarapan dari stall-stall sedap di sekitar Bandar Baru Bangi- akan saya ceritakan dalam post yang lain ya)

 
Sementara menunggu, Snap lah gambar ye. Ini adalah pandangan melalui cermin tingkap kereta hadapan. Bersebelahan dengan Yati Ayam Percik adalah Genius Aulad Kindergarden, disebelahnya pula adalah ASTER SPRING - pusat kecantikan dan Norunnuha Sdn Bhd -patent, trademark and industrial design (tidak kelihatan di dalam gambar). Norunnuha Sdn Bhd terletak di atas ASTER SPRING. Terdapat juga Butik Benang Hijau yang dahulunya adalah butik MOLLEQUE. Magiboo dan Ainnur Karpet juga terletak sebaris di blok ini. 
 
Kelihatan langit agak mendung.  Kawasan ini agak sesak sedikit terutamanya sewaktu permulaan dan tamat sesi pagi dan petang Genius Aulad.  Berderet-deret kereta menunggu untuk mengambil kanak-kanak genius dari Genius Aulad. Setiausaha kecil genius kami juga bersekolah disini.

 
Ini pula pandangan di bulatan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, sewaktu perjalanan balik dari mesyuarat. Pandangan ini menghala ke arah Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.  Sewaktu balik terlupa nak ambil keluar kamera kecil terlebih awal. Hanya dapat snap gambar ini sahaja.
 
Balik berehat, nanti kita sambung lagi cerita Bandar Baru Bangi.

 
 
 

Ulasan