Program Raudah dihatiku

7 September 2013: Program Raudah di hatiku program kerjasama TV9 dan Masjid Alhasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  

Samalah seperti minggu lalu, hari ini lepas subuh saja En. I dah sibuk bersiap untuk program tersebut. Dari kelmarin dia bertanyakan tentang seluar basikalnya. 

Apapun, En. I nampak gembira dan keluar dari rumah seawal jam 7.00 pagi.

Dirumah bau cempedak masak semerbak,  tanpa lengah dan untuk mengelak busuk cempedak itu dikerjakan dan dibuat goreng. Seronoklah budak-budak ni, lama dah tak menjamah cempedak.

Lebih kurang jam 9.00 pagi, En. I hantar mesej whatsup supaya buka TV9...huhu rupanya ada siaran langsung melalui Nasi Lemak Kopi O untuk program Raudah dihatiku.

Apapun, kami anak beranak dapat melihat geng basikal 7/5 di TV termasuklah En. I. Disini dikongsikan foto-foto yang diambil oleh En. I sepanjang program tersebut berjalan.

 Di dalam foto geng kayuh 7/5 seksyen 7 bersama geng Ustaz Shafie (adun).\

Kumpulan berbasikal hanya berkesempatan mengumpulkan sumbangan dari 6 surau- bermula dari Surau Al-Islah dan berakhir di Masjid Al-Hasanah.



 Geng kayuh 7/5

 Sesampainya di Masjid Alhasanah, kelihatan pintu gerbang dengan tema raudah dihatiku.  Ramai juga yang menyertai program ini.

 Ustaz Shafie

 Upin dan Ipin  in action 


 Another shot of Upin and Ipin 


 Melihat dari jauh ja...


 AG dan Haji Zainal dari TV9 dan Ustaz Shafie selepas menyerahkan sumbangan.




Selesai sudah..jam 11 En. I pun sampai kerumah dan kami perlu bersedia untuk ke Bandar Menjalara menghadiri majlis kenduri kahwin anakanda dua pupu. 


Foto: Ismail J.

Ulasan