Kayuhan Kemanusiaan Syria

1 September 2013: Kayuhan kemanusiaan Syria 2013 di Putrajaya anjuran Mercy Malaysia. Pagi-pagi lagi dah bersiap untuk program berbasikal dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya sempena program tersebut. Bersemangat sungguh En. I berpagi-pagian untuk bersama-sama geng kayuh Seksyen 7, Bandar Baru Baru ke Putrajaya. Turut serta bagi kayuhan amal ini adalah Ustaz Azhar Idrus.

Dari maklumat yang diberikan, kayuhan ini dibahagi kepada dua iaitu kayuhan 10km pertama dan 30km kedua. Ustaz Azhar hanya melakukan kayuhan 10km sahaja, manakala geng-geng basikal 7/5, bersemangat menghabiskan kayuhan penuh sejauh 40km.

Wakil 7/5, S7, Bandar Baru Bangi seramai 8 orang, 2 membawa kenderaan pick up dan selebihnya membawa diri dan basikal masing-masing. 


Mengangkat bekalan untuk program kayuhan ke pick up. Dr Hamedi dan En.Adri.

Stop sekejap, beri kesempatan jurufoto memetik kamera. 
Berat juga tu nampak nya.


Setibanya di Putrajaya lebih kurang jam 8 pagi. Inilah dia, bersusun bersama basikal masing-masing.

Bukan hanya dari 7/5 Seksyen 7,Bandar baru Bangi, sambutan amat mengalakkan terdapat juga geng-geng basikal dari kawasan lain dan tidak ketinggalan geng basikal dari golongan wanita.

Ustaz Azhar Idrus turut serta menjayakan program ini, ustaz pun baru je terlibat kemalangan kenderaan  sehari dua sebelum program ini berlangsung.  

Ohhh.. ini kumpulan serba hitam  dan kuning. Tiada maklumat lengkap.


Kayuhan bermula.... penat jugalah masing-masing ini....semoga semangat ingin membantu dan mengimarahkan program berbasikal ini dapat memperbaiki silaturahim, menguatkan otot-otot dan mempertingkatkan tahap kesihatan mereka yang terlibat. 

En. I balik dengan senyuman dan ada gambar UAI katanya hehe...orang rumahku dengan hobby barunya dan aku dengan laporannya.


Untuk Syria, doa dan harapan agar pelaku kekejaman akan dibalas setimpalnya oleh Allah, dan para-para mujahid ditempatkan di tempat yang selayaknya disana nanti.   

Foto: Ismail J

Ulasan